Isnin, 14 September 2009

:: ++Gagal Pinjaman BANK? Cuba skim koperasi++ | My Blog

:: ++Gagal Pinjaman BANK? Cuba skim koperasi++ My Blog

susahnya nak dapat bantuan dan pinjaman

Memang tidak dinafikan berbagai cara pihak yang tertentu cuba bangkit dan jadi hero tampil untuk membantu peniaga penaiga, kontraktor mahu pun ushawan untuk berjaya. Ada juga Bank dengan secara terang terang menyatakan dalam media mampu membantu dan dengan kadar segera boleh memberi pinjaman kepada syarikat syarikat yang memerlukan pinjaman. Ada juga yang mengwar warkan gabungan kerajaan dan bank mampu membantu syarikat syarikat yang memerlukan bantuan dan pinjaman. Adakah ini semua gimik sahaja atau pun sekadar hendak untuk tunjuk kepada masyarakat yang dia mampu membuat apa sahaja walhal semuanya tong kosong. Bila hujung tahun mula lah sebuk canang sana canang sini menyatakan kononya bumiputera tidak sahut seruan kerajaan, RM berjuta tidak dipohon dan tidak diusik kerana tiada siapa yang datang minta bantuan pada saluran yang betul. Mula lah buat cerita bumiputera dan muda mudi tak pandai mengambil peluang yang disediakan " Munafik Betul" . Sebenarnya siapa yang nak dibantu pun tak tahulah. Kalau sesebuah syarikat tu mampu atau kaya semuanya, rasa rasanya tak payah ada bank dan pemerintah yang munafik ni. Tapi hakikatnya ramai yang tidak berdaya berdiri tanpa bantuan kewangan. Terlalu banyak harapan yang diberi tapi semuanya hanya untuk mereka yang dah semula jadi kaya. Ada juga Ahli Yang Berhormat pernah berjanji " cuma tulis pakai tangan sahaja kertas kerja dan tulis berapa nilai pinjaman yang diperlukan pasti dapat di tunaikan dan dibantu "kerana itulah hasrat beliau untuk bantu bumiputera, cakap siapa pun boleh . Bangsa lain seperti bangsa cina, india dan lain lain rasa dipinggirkan dari segi bantuan tapi hakikatnya mereka tidak tahu sebenarnya orang melayu sendiri sebenarnya seperti melukut di tepi gantang je dan seperti meminta sedekah di tempat sendiri. Di sini saya pernah sekadar ingin mencuba meminta bantuan dari sebuah bank yang di amanahkan kerajaan untuk membantu syarikat syarikat bumiputera. Saya pergi dengan menggunakan nama sebuah syarikat yang sudah lama berniaga dengan titik peluh dan modal sendiri, saya datang ke bank dengan borang pesanan kerajaan (local order yang sah dari kerajaan) . kalau mengikutkan syarat dengan L.O kerajaan sahaja kita sudah dapat sokongan untuk membuat pinjaman awal dari bank tersebut, tapi hakikatnya indah kabar dari rupa. Untuk kali yang kedua saya cuba dengan syarikat yang lain pula. syarikat ini memang kekurangan sumber kewangan untuk meneruskan satu project kerajaan... kali ini kami membawa geran rumah yang sudah dapat hak milik dari bank. kerana syarikat ini adalah syarikat kecil permohonan kami diperkecil kecilkan, malahan sandaran gran rumah yang kami bawa tidak diterima... dimana kah silapnya.... adakah pinjaman ini hanya hak orang orang kaya sahaja atau bank ini hanya ingin mengaut keuntungan semata mata.... dari itu saya mengharapkan komen dan jika pihak tuan tuan dan puan puan ada mengalami pengalaman yang sama dapat lah kiranya berkongsi dengan kami, agar dapat di lihat dan di fahami oleh pihak pihak yang tertentu.